Wednesday 28 December 2011

Salam Pertemuan

Assalamu 'alaikum. Setiap pertemuan dimulakan dengan salam. Berilah salam kepada saudaramu agar permulaan hari mendapat keberkatan dari Allah, dengan salam silaturrahim akan terjalin dengan erat, dengan salam juga hati-hati akan menjadi tenang, hidup dalam keadaan selamat. Ini bersesuaian dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud "Sesungguhnya orang-orang Islam itu bersaudara, maka damaikanlah antara saudara kamu yang berkelahi". Hikmat memberi salam dapat menyejukkan hati saudara kita yang disapa, mereka akan merasai bahawa dirinya diambil berat oleh sahabatnya juga dapat menghilangkan perasaan sombong dan ego dalam diri. Sentiasalah memberi salam kepada saudara kita nescaya hari-hari yang kita lalui akan menjadi tenang.

Healing - By Sami Yusuf

Assalamualaikum semua. Setinggi kesyukuran dirafa'kan kepada Allah Taala kerana atas segala nikmat dan kurniaanya kepada kita semua yang tidak terhitung nilainya, tidak terbayar harganya, tidak terbalas jasanya untuk kita meneruskan perjalanan hidup menuju Allah di akhirat kelak. Tajuk lagu yang saya highlight di atas bertajuk "healing" dendangan oleh Sami Yusuf yang bermaksud "Merawat". Merawat yang dimaksudkan dalam lagu ini mengandungi makna yang tersirat, bukan bermaksud merawat seperti yang difahami secara umum. Merawat bukan hanya bermaksud merawat sakit, luka, merawat penyakit  dan sebagainya tetapi jika kita melihat secara tersirat dan hayati betul-betul lagu ini merawat mempunyai banyak tafsiran. Pertama ialah kerja sebagai seorang ahli pertolongan segera seperti PBSM, JPAM dan sebagai jururawat untuk merawat pesakit dan membawanya kehospital juga merawat kerana pertolongan awal ketika berlaku sesuatu kemalangan memerlukan rawatan. Kedua ialah bekerja sebagai doktor yang sememangnya merawat pesakit yang sakit sama ada kerana luka, lemas dan apa-apa sahaja situasi kecemasan yang berlaku. Yang ketiga yang menjadi tafsiran atau makna tersirat yang menjadi induk dalam lagu ini ialah ialah bagaimana kita merawat hati kita daripada sifat-sifat mazmumah yang banyak bergelumang dalam hati kita dalam menjalani kehidupan harian. Kita merawat hati kita dengan sikap tolong menolong antara satu sama lain, berbuat baik sesama manusia tanpa ada perasaan malu, bersikap prihatin terhadap orang lain dalam apa jua keadaan sekalipun dari seberat-berat perkara yang dihadapi dan seringan-ringan perkara yang dihadapi. Firman Allah Taala yang bermaksud "barangsiapa yang melakukan kebaikan walau sebesar zarah sekalipun akan dibalas kebaikannya, dan barangsiapa yang melakukan kejahatan walau sebesar zarah sekalipun akan dibalas kejahatannya. Susah untuk manusia melakukan kebaikan biarpun walau semudah memejam atau mencelikkan mata, walau semudah mengeluarkan sapatah perkataan sekalipun. sebagai contoh sebanyak manakan manusia sanggup mengutip sampah yang tersepak dijalanan semasa berjalan walaupun hanya pembalut gula-gula, Sebanyak manakah orang yang sanggup melafazkan atau mengucapkan perkataan "maaf. akan bersambung... tak sempat nak taip