forum

Tajuk Perbincangan Musim Cuti

masalah merosakkan harta benda maktab, manakah tanggungjawab sebagai pelajar MRSM dalam menjaga kemudahan yang dikongsi bersama. Sila bincangkan. Sila berikan komen anda diruangan komen dibawah. Masukkan nama, no maktab dan kelas.

Semua pelajar form 2 dibawah seliaan UR (202 - 204) wajib memberikan komen diruangan bawah ini. Kegagalan memberikan komen akan dikenakan tindakan selepas cuti. Sila sebarkan kepada semua kawan2 sekelas yang lain. Kegagalan pelajar lain untuk mendapat maklumat ini menjadi liabiliti kepada pelajar yang saya wakilkan, amanah mesti disampaikan. Sila maklumkan kepada pelajar 202 kerana saya tiada rakan perhubungan FB wakil kelas tersebut. Sekian

19 comments:

  1. Anda juga boleh komen posting rakan2 yang lain atau replay komen rakan anda. Komen mesti berkisarkan tajuk yang diberi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada pendapat saya,pelajar2x MRSM Kubang Pasu perlu dipupuk dengan sikap bertanggungjawab dan kesedaran bahawa pentingnya menjaga kemudahan maktab.Pelajar juga perlu bertindak sebagai 'polis guru' dengan melaporkan pelajar lain yang merosakkan harta benda maktab.Selain itu,pelajr juga perlu berfikir secara rasional iaitu membezakan baik buruk setiap tindakan yang akan diambil oleh mereka.Pelajar juga perlu berfikiran jauh dengan memikirkan akibat yang akan diterima mereka sekiranya mereka melakukan kesalahan sedemikian.Perasaan cintakan bangku persekolahan dan keseronokan ketika proses pembelajaran berlaku amat membantu dalam usaha memupuk amalan positif di kalangan mereka. Secara logiknya, usaha ini amat sukar dilakukan namun melalui latihan dan kebiasaan, secara perlahan-lahan, sikap negatif mereka akan dapat dikikis, bak kata peribahasa, ‘kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. disediakan oleh
      Nama:Muhammad Haikal bin Hasni
      Kelas:204
      No.Maktab:11086

      Delete
  2. Para pelajar bukan sahaja perlu memikirkan tindakan yang akan diambil tetapi perlulah berfikir apa yang hendak dilakukan itu baik atau tidak ataupun perlu atau tidak kita melakukannya.

    Kita sebagai pelajar MRSM hendaklah menjaga harta benda yang diamanahkan kepada kita.Kita perlulah menganggap benda itu semua milik kita bukan milik orang lain.Jika kita sentiasa beranggapan seperti itu,kita pasti akan menjaganya sebaik mungkin.Selalunya kerosakkan harta benda ni disebabkan oleh tidak puas hati kepada seseorang lalu dilepaskan kepada harta benda yang difikirkan bukan hak milik mereka.Jadi kita sebagai seorang pelajar yang boleh berfikir dengan baik kita hendaklah berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara.itu sahaja daripada saya

    NAMA : NUR DALILA BT ROSLAN
    KELAS : 203
    NO MAKTAB: 11083

    ReplyDelete
  3. Kita, pelajar MRSM haruslah dididik agar lebih menghargai harta benda maktab kerana kemudahan yang diberikan kepada kita sudah cukup sempurna, jadi ia menjadi tanggungjawab kita untuk mengguna dan menjaga kemudahan tersebut sebaik mungkin. Kita tidak boleh merosakan kemudahan yang telah diberikan seperti menconteng.Sebagai contoh, apabila kita tidak melakukan apa-apa dan berasa bosan di dalam kelas, kebanyakkannya akan menconteng kerusi dan meja dengan menulis nama mereka dan pelbagai lagi, dengan itu mereka akan merasakan bahawa kemudahan tersebut memang disediakan untuk mereka sahaja. Sikap begini memang selalu ada pada kebanyakkan pelajar. Oleh itu, kita haruslah membuang sikap yang buruk seperti ini dari diri kita kerana kemudahan maktab disediakan untuk semua pelajar di dalam maktab kita. Sekian sahaja komen daripada saya.

    nama : nur izzati sofea binti ahmad sofi
    kelas: 203
    no. maktab: 11092

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam era kita dikejutkan dengan fenomena yang semakin menular yang melanda pelajar mrsm kupa. Fenomena ini tidak lain dan bukan melainkan gejala vandalisme yang semakin menular. Kita sebagai khalifah di muka bumi ini haruslah melakukan langkah-langkah drstik bagi membemdung gejala ini daripada terus meracuni minda pelajar mrsm kupa.
      Frasa "melentur buluh biarlah dari rebungnya" patut menjadi pegangan teguh dalam golongan insan yang bergelar ibu bapa dalam sesebuah keluarga. Mereka haruslah mendidik anak-anak agar mereka sedar tentang tanggungjawab mereka dalam menjaga keselesaan persekitaran disamping menghargai segala yang dikurniakan tetapi sayangnya pelajar mrsm kupa tidak menggunakn apa yg diaajar sejak kecil.Dalam hal ini, pihak sekolah memainkan peranan yang penting. Guru-guru boleh menerapkan nilai-nilai dalam pengajaran terutama dalam pelajaran pai dan sivik. Dengan ini, remaja akan menggunakan kemudahan awam dengan berhemah dan tidak merosakkan harta benda tersebut.
      Antaranya ialah mengadakan kempen kesedaran, pertandingan "bilik Ceria" dan sebagainya. Sekolah juga boleh mengadakan dasar "Tahun Anti-vandalisme" bagi mengurangkan vandalism.Akhir sekali, peranan individu merupakan aspek yang paling penting dalam hal ini. Remaja sendiri haruslah menjauhkan diri daripada pengaruh rakan sebaya dan mengikut perangai abg2 senior yang negatif. Kita tidak harus bergaul dengan rakan yang tidak berdisiplin yang melakukan vandalisme.Sebagai intiha, semua pihak wajarlah berganding bahu menggembleng tenaga bagi mengurangkan gejala vandalisme. Selagi tujuh lapisan langit kita junjungi, janganlah kita tunduk menangisi diri, menyembah peribumi, selagi usaha tidak didahului.
      sekian terima kasih.
      nama muhd kamal hazwan b. mohd fauzi
      kelas 2o3
      nomak 11o77

      Delete
  4. SYAHIRAH BT ABDUL KADIR
    11089
    203

    sebagai pelajar kita prlualh mnjga hrta bnda mktb cntohnya tnds, kerusi, meja dn loker spya generasi akn dtg boleh menggunakn praltn trsbut. Harta bnda mktb yg djaga dpt mnjimatkn prbelanjaan mktb untuk mmbaik pulih altn yg rosk. Justeru itu prblnjaan mktb dpt djimatkn dn boleh dblnjakn untuk lain2 kgunaan peljr seperti mmbli bku rjukn, mnyediakn kmudhn2 d mkml sains, perpustakaan dn sebagainya.

    ReplyDelete
  5. semua pelajar dikehendaki menghantar komen diruangan komen di bawah ini untuk semua kelas

    ReplyDelete
  6. Kita sebagai pelajar mestilah senantiasa menjaga harta benda x kira di mana sekalipun.Antara contoh vandalisme yg dapt dilihat hri ini ialah gejala menconteng. Perkara ini telah lama dilihat menular dalam kalangan pelajar.Apabila da sesetengah pelajar yg bosan, tangan mereka mula menconteng khususnya di meja.Kita sebagai pelajar PERLU SEDAR bahawa harta tersebut hanya HAK SEMENTARA. Harta tersebut akan diberikan kepada generasi akan datang juga suatu hati nanti.Pelajar juga TIDAK BOLEH MENCONTOHI GOLONGAN YANG MEROSAKKAN HARTA BENDA kerana perkara ini akan menimbulkan perkara negatif pada diri kita dan orang lain. Akhir kalam, janganlah melakukan vandalisme dan menyalahkan orang lain. Sedangkan diri sendiri yang melakukan vandalisme tersebut..
    Kalam Ditulis:

    MUHAMMAD AIZUDIN BIN ABU BAKAR
    204
    11080

    ReplyDelete
  7. anda juga boleh menghantar komen berbentuk perbincangan dengan kawan2 seperti contoh "saya amat bersetuju dengan pendapat saudara ahmad" dan memberi input tambahan kepada komen tersebut supaya menjadi perbincangan dua hala dan bertukar-tukar pendapat.

    ReplyDelete
  8. Saban hari, gejala vandelisme di MRSM kita semakin berleluasa. Antara perbuatan vandelisme yang boleh kita lihat setiap hari adalah menconteng dinding tandas dan bangunan dan merosakkan telefon awam yang disediakan di asrama. Jadi, untuk membendung gejala vandalisme ini lebih berleluasa, pihak maktab sewajarnya menguatkuasakan peraturan –peraturan dan hukuman yang setimpal harus diberikan kepada pelajar yang melanggar peraturan sekolah supaya pelajar tidak akan melakukan vandalisme di sekolah mahupun di kawasan luar sekolah. Guru-guru perlu mejadi teladan yang baik and seorang pembimbing kepada para pelajar .Guru yang dilihat sebagai pembimbing dapat melahirkan pelajar insan yang bermoral yang dapat membentuk negara pada masa depan nanti. Apabila masalah vandalisme dapat dibentung, pihak maktab tidak perlu mengeluarkan kos sampingan untuk memperbaiki atau mengantikan harta benda yang rosak akibat gejala vandalisme.

    SITI MURNI BT MOHD AZAM
    203
    11062

    ReplyDelete
  9. Saya bersetuju dengan cadangan muhammad haikal bin jasni yang menyatakan pelajar harus dipupuk sifat bertanggungjawab.Untuk memupuk pelajar menjadi seorang pelajar yang bertanggungjawab,para guru haruslah melaksanakan hukuman yang lebih berat terhadap pelajar yang merosakkan harta benda maktab serta mengadakan kempen besar-besaran di dalam maktab untuk mengelakkan vandalisme.Dengan ini
    duit yang dibekalkan kerajaan dapat dikurangkan

    SEKIAN TERIMA KASIH

    AHMAD AFIQ MUSTAQIM BIN MOHD RADZI
    2.O.2
    11044

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perbuatan merosakkan harta benda maktab atau lebih dikenali sebagai vandalisme kini dilihat semakin berleluasa di maktab kita.Aktiviti vandalisme yang mencemarkan ini begitu menyakitkan mata dan memalukan terutama kepada ibu bapa dan masyarakat luar apabila mereka datang ke maktab ini.Perbuatan vandalisme ini perlu diperangi di kalangan pelajar agar tidak jadi budaya dan menyusahkan orang ramai.Ini kerana ia membabitkan kepentingan dan keperluan maktab.Akibat daripada aktiviti vandalisme menyebabkan pihak yang berkenaan terpaksa menanggung rugi kerana kos memperbaiki, memperbaharui dan mengganti semua kerosakan yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini.Oleh yang demikian bagi mengurangkan budaya dan aktiviti songsang ini, penguatkuasaan dan pelaksanaan peraturan yang tegas perlu dilaksanakan terhadap pesalah vandalisme di maktab.Ia memerlukan kerjasama semua pelajar dan guru bagi mengatasinya.

      Delete
    2. NUR ATIQAH BT ROSLI
      203
      11081

      Delete
  10. Saban hari, gejala vandelisme di MRSM kita semakin berleluasa. Antara perbuatan vandelisme yang boleh kita lihat setiap hari adalah menconteng dinding tandas dan bangunan dan merosakkan telefon awam yang disediakan di asrama. Jadi, untuk membendung gejala vandalisme ini lebih berleluasa, pihak maktab sewajarnya menguatkuasakan peraturan –peraturan dan hukuman yang setimpal harus diberikan kepada pelajar yang melanggar peraturan sekolah supaya pelajar tidak akan melakukan vandalisme di sekolah mahupun di kawasan luar sekolah. Guru-guru perlu mejadi teladan yang baik and seorang pembimbing kepada para pelajar .Guru yang dilihat sebagai pembimbing dapat melahirkan pelajar insan yang bermoral yang dapat membentuk negara pada masa depan nanti. Apabila masalah vandalisme dapat dibentung, pihak maktab tidak perlu mengeluarkan kos sampingan untuk memperbaiki atau mengantikan harta benda yang rosak akibat gejala vandalisme.
    FARIS IKMAL BIN MOHD NOOR
    202
    11051

    ReplyDelete
  11. Sebagai pelajar MRSM,menjaga harta benda maktab menjadi tanggungjawab pelbagai pihak yang bukan bertumpukan kepada pengetua dan guru semata-mata,tetapi semua warga maktab termasuk pelajar.Harta benda maktab adalah milik maktab yang dibekalkan oleh kerajaan untuk kegunaan pelajar.Justeru,kemudahan ini harus digunakan dengan sebaiknya.Namun,masalahnya sekarang jumlah kerosakan harta benda maktab semakin meningkat.Ini disebabkan oleh pelajar sendiri yang tidak mempunyai rasa tanggungjawab ke atas harta benda maktab.Selain itu,pihak maktab patut memberi nasihat dan bimbingan kepada pelajar mengenai kepentingan harta maktab.generasi muda perlu diterangkan dengan mandalam tentang tanggungjawab mereka dalam menjaga harta benda maktab.Trangkan kepada mereka apa perasaan mereka sekiranya barang mereka diconteng atau dikoyak oleh orang yang tak bertanggungjawab.Kesedaran seumpama itu sedikit sebanyak memberi gambaran tentang pentingnya sikap tanggungjawab.Di samping itu,ibu bapa pula berperanan memberi tunjuk ajar kepada golongan remaja tentang falsafah kepentingan harta benda awam.secara tidak langsung,sekiranya anak sudah diingatkan dengan falsah yang diberikan,maka sudah tentu masalah vandalisme tidak seteruk hari ini.Kesedaran perlu diterapkan untuk membentuk jiwa remaja yang sihat dan fikiran yang matang sebelum melangkah ke alam dewasa.

    AINUN NUR ATIKAH BINTI IBRAHIM
    204
    11118

    ReplyDelete
  12. anda dikehendaki mengutarakan pendapat sendiri.... dilarang copy and paste pendapat orang lain,, diminta kepada semua supaya mengambil berat dan bersungguh dalam memberi komen

    ReplyDelete
  13. Dasawarsa ini , kegiatan vandalisme acap kali diperkatakan di sekolah . Pada pendapat saya , para pelajar perlu dipupuk kesedaran keburukan melakukan kegiatan vandalisme ini . Para pelajar perlu bertanggungjawab menjaga prasarana sekolah yang telah disediakan . Selain itu ,para pelajar janganlah bersikap mementingkan diri dengan merosakkan dan menconteng kemudahan yang sedia ada . Ingatlah kepada pelajar-pelajar lain yang akan mewarisinya . Para pelajar perlu prihatin jikalau ternampak kawan-kawan melakukan kegiatan vandalisme tersebut . Para pelajar haruslah melaporkan kegian yang tidak bermoral ini kepada guru secepat mungkin . Janganlah mengambil sikap tidak endah terhadap sesuatu perkara yang keji , Selain itu , pihak sekolah memainkan peranan yang penting . Mereka perlulah mengadakan pelbagai aktiviti untuk membanteras kegiatan tersebut seperti mengadakan kempen kesedaran , minggu anti-vandalisme dan ceramah-ceramah . Secara lama-kelamaan , hati para pelajar terbuka untuk menerima nasihat tersebut . Ibu bapa merupakan orang yang terdekat dengan mereka . Ibu bapa haruslah mendidik anak mereka sejak kecil lagi tentang aktiviti yang tidak berfaedah itu . Pepatah Melayu ada menyatakan , 'Melentur buluh biarlah daripada rebungnya ' . Pepatah ini bersesuaian kerana jikalau telah diajar semasa kecil , kegiatan tersebut pasti tidak akan berlaku . Oleh itu , marilah kita sama-sama membanteras kegiatan vandalisme ini dan sayangilah harta benda maktab sebagaimana anda menyayangi diri anda sendiri .

    SITI NOOR NAJIBAH LOCKMAN
    204 ( 2 DYNAMIC )
    11121

    ReplyDelete
  14. terima kasih kepada pelajar yang telah memberikan komen.....

    ReplyDelete
  15. Pada pendapat saya,pelajar haruslah dikenakan tindakan yang tegas dan dikehendaki membayar semula angka kerugian tersebut dan dengan itu,mereka akan lebih berhati-hati dan sayang akan harta benda.Namun para pelajar tidak mengendahkannya kerana mereka tidak bersyukur akan harta yang disediakan oleh pihak mara.Inilah budak zaman sekarang,saya lihat pelajar kaum lain mempunyai sifat sayang akan harta benda dengan menggunakan harta tersebut sebaik mungkin namun saya agak kesal kerana islam sendiri mewajibkan kita agar menjaga harta benda walaupun harta tersebut bukan harta kita.Namun apa yang kita bole buat hanya berusaha dan bertawakal kepada ALLAH S.W.T yang maha mendengar...

    MOHD ARIF IRFAN B MAT ZAINI
    11073
    203

    ReplyDelete