Maksud hadith Rasulullah s.a.w "sesiapa yang melihat
kemungkaran maka hendaklah ia mencegah dengan tangannya, jika tidak mampu maka
cegahlah dengan lisan dan jika tidak mampu maka cegahlah dengan hati".
Mafhum daripada hadith ini ialah jika melihat kemungkaran maka menjadi
kewajipan ke atas setiap individu muslim untuk mengecegah kemungkaran yang
berlaku. Walaupun tidak berkemampuan tetapi kemungkaran tetap akan kena cegah.
Mencegah dengan tangan bermaksud mencegah dengan kekuasaan yang ada sama ada
yang diperolehi secara langsung seperti polis, pegawai pencegah, guru, ketua
kampung, pengawas sekolah, bwp dan sebagainya yang telah diberi peruntukan
kuasa padanya mengikut tahap-tahap yang dihadkan. Manakala secara tidak
langsung pula ialah peranan kita sebagai umat Islam dan anggota masyarakat
Muslim yang mana mencegah kemungkaran ialah menjadi tanggungjawab yang amat
besar dan semua muslim dibebani dengan taklif (tanggungan) untuk mencegah
kemungkaran. Hal ini bersesuaian dengan firman Allah Taala yang bermaksud
" Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi
(faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik
dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu
pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Maka berdasarkan ayat
ini wajiblah atas setiap umat Islam yang mukalaf itu melaksanakan al-Amr Makruf
al-Nahi al-Mungkar iaitu menyuruh mengerjakan kebajikan dan melarang berbuat
kejahatan. Mencegah dengan lisan pula ialah mencegah dengan cara lembut iaitu
dengan menasihati dengan penuh hikmah. Jika tidak mampu mencegah dengan kuasa
sama ada kerana orang awam biasa ataupun kerana merasakan ketidakmampuan
disebabkan kerana faktor lain seperti yang melakukan kemungkaran ramai maka
tidak mampu dan tidak mampu itu pula dilihat dari sudut ancaman kepada diri
kita jika ingin mencegah dengan kekuasaan, maka hendaklah menggunakan kaedah
yang lebih lembut iaitu nasihat. Ketidak mampuan dilihat dari sudut kerana kita
tiada peruntukan kuasa seperti pegawai penguatkuasa, polis dan sebagainya maka
mencegah dengan lisan juga membawa erti melakukan forum, dialog, ceramah,
perbincangan, seminar dan program-program lain yang lebih bersifat penyembuhan
hati secara halus. Mencegah dengan hati pula ialah bermaksud mengecah dengan
membenci perbuatan kemungkaran yang berlaku di sekitar kita. Membenci di sini
membawa maksud menjauhi atau memulaukan perlakuan keji dan pada masa yang sama
masih lagi menggunakan medium berdakwah dengan lisan secara perlahan-lahan. Sebagai
contoh kemungkaran yang berlaku ialah kegiatan lumba haram yang dilakukan oleh
manusia pelesit mengunakan motosikal atau kereta, maka tanggungjawab kita
sebagai seorang muslim ialah menjauhi atau membenci perbuatan itu kerana kita
tidak berkemampuan untuk mengadakan road block ataupun menahan atau melakukan
pemeriksaan. Jika kita melihat dari dekat sebagai contoh, menonton ditepi jalan
raya maka kita dikira sudah tergolong dalam golongan orang yang melalakukan
kemungkaran kerana kehadiran kita dikira sebagai menyokong atau memeriahkan
suasana. Begitu juga jika kita mengunjungi kelab-kelab malam walaupun kita
tidak terlibat sama dengan aktivit di sana seperti minum arak, menari dan
sebagainya, tetapi kehadiran kira dikira juga kerana menaikkan lagi suasana dan
menyumbang ke arah potensi kemajuan industry
maksiat tersebut. Ia dikatakan sebagai selemah-lemah iman kerana mencegah
dengan hati hanya mencegah diri kita sendiri sahaja tetapi perkara maksiat itu
tetap juga akan berlaku. Ini bermakna mencegah maksiat dalam Islam berlangsung
dua hala, pertama mengegah diri kita dan orang lain, kedua mencegah diri kita
sendiri jika tidak mampu mencegah orang lain sekali. Hal ini bersesuaian dengan
maksud firman Allah Taala “Dan berpesan-pesan kepada kebaikan dan kesabaran. Ada
pun yang menjadi masalah kepada umat Islam masa kini ialah kita sering
mendengan ungkapan “jaga tepi kain orang”, “diri belum sempurna”, “sempurnakan
diri sendiri dahulu baru boleh menegur orang lain”, “nak tegur orang sembahyang
pun tak cukup”. Sebenarnya inilah virus yang melanda umat Islam masa kini hasil
daripada kejayaan musuh-musuh Islam selama ini. Ditambah pula dengan sikap umat
Islam sekarang yang semakin jauh dengan cara hidup Islam dan menolak Islam (secular)
maka mereka yang lebih-lebih menggunakan ungkapan ini walaupun musuh Islam
sudah lama mendiamkan perkara ini. Ingatlah wahai saudara-saudaraku bahawa
mengcegah kemungkaran bukanlah perkara main-main dan dibuat mengikut suka,
tetapi telah ditetapkan oleh Allah Taala bahawa menjadi kewajipan kita untuk
mencegah kemungkaran. Satu analogy, jika dikatakan kita belum sempurna dan
terjadi suatu perkara mungkar di depan mata kita, sebagai contoh kecurian
motor, adakah kita akan membiarkan sahaja perbuatan itu berlaku? Perlu difahami
bahawa perkara mungkar bukan hanya melibatkan kejatuhan moral dan perbuatan
sumbang sahaja tetapi semua perkara yang menyalahi syariat Allah Taala, sama
ada nombor ekor, puja kubur, zina, arak, dera, mencuri, merompak bank, penipuan
sama berbentuk kolar putih dan selain itu, rasuah, vandelisma dan sebagainya
yang dipandang salah dari sudut syarak, budaya dan adat. Inilah yang perlu
difahami, usah ditegak benang yang basah. Memang sifat manusia yang tidak
sempurna dan melakukan kesalahan, jika diambil kira maka semua manusia ada buat
kesalahan sampai mati kecuali para nabi dan Rasul Allah. Jadi untuk siapakah
ayat-ayat al-Quran yang menyuruh mencegah kemungkaran itu? Sampai mati manusia
tidak akan sempurna dan sampai mati manusia akan sentiasa melakukan kesalahan,
maka tidak perlu mengecah kemungkara, adakah begitu? Perlu difahami, memang ada
Nabi menyatakan bahawa sempurnakan dahulu diri kamu sebelum mencegah orang lain
melakukan kemungkaran tetapi kesalahan atau kesilapan yang dilakukan oleh manusia
perlu dilihat tahap-tahap perlakuan salah itu. Perbuatan manusia terdiri
daripada dua perkara, yang pertama ikhtiari dan kedua ijbari. Ikhtiari ialah
perbuatan manusia yang dibuat secara pilihan sendiri tanpa paksaan dan ijbari
pula ialah perbuatan manusia yang dibuat secara tidak sedar, biasanya berbentuk
kesalahan. Kalau manusia melakukan kesalahan secara ikhtiari maka itulah yang
boleh diambil kira, sebagai contoh seseorang yang menasihati rakannya sepaya
rajin belajar, dan pada masa yang sama dia sentiasa memonteng kelas dan membuat
kesalahan disiplin yang berat inilah yang dimaksudkan sempurnakan dahulu diri
kamu. Ijbari pula jika seseorang yang menasihati sahabatnya dan jarang-jarang
sekali dia mengantuk dalam kelas maka ini tidak diambil kira kerana mengantuk
ini perkara diluar kemampuan manusia untuk mengelak, ataupun lupa dan
sebagainya. Itulah yang dimaksudkan manusia tidak sempurna, iaitu manusia tidak
mampu mengelak perkara yang menjadi kelemahannya secara semula jadi tadi
bukannya tunggu sempurna diri dulu baru boleh mencegah kemungkaran. Kita mesti
lihat juga tahap kemungkaran atau kesalahan yang dilakukan adakah besar atau
kecil, kalau besar barulah boleh dikatakan sempurnakan dahulu diri kamu sebab
kebiasaannya kesalah yang besar atau dosa besar dilakukan dengan membuat
pilihan sama mahu buat atau tidak, jadi jika membuat kesalahan atau dosa besar
maka seseorang itu memilih perkara maksiat, barulah boleh kita katakana kepadanya
sempurnakan dahulu diri kamu baru menasihati orang lain. Oleh itu marilah sama-sama
kita muhasabah kembali diri kita, kembalilah kepada cara hidup Islam yang
sebenar. Cegahlah kemungkaran kerana banyak faedah daripadanya.
al-Muallim
Blog untuk menambahkan pengetahuan
Tuesday, 13 March 2012
Wednesday, 15 February 2012
Sentiasa Bersabar Menghadapi Ujian Allah
PENGERTIAN NIKMAT
Ialah semua bentuk kesenangan, keperluan dan keselesaan yang diterima oleh seseorang seperti kesihatan, makanan, tempat tinggal dan keamanan.
PENGERTIAN MUSIBAH
Ialah semua bentuk kesusahan, halangan dan kesulitan yang dihadapi oleh seseorang seperti kesakitan, kelaparan dan kematian.
ADAB MENERIMA NIKMAT
1. Hendaklah bersyukur kepada Allah.
2. Menggunakan nikmat tersebut dengan sebaik-baiknya.
3. Tidak sombong kerana mendapat nikmat.
4. Hendaklah berterima kasih kepada orang yang membantu mendapatkan nikmat.
ADAB KETIKA DITIMPA MUSIBAH
1. Bersabar.
2. Yakin & reda dengan ketentuan Allah.
3. Tidak berputus asa & kecewa.
4. Sentiasa berusaha memperbaiki diri.
5. Berdoa dan bertawakal kepada Allah.
6. Memohon keampunan dari Allah.
CARA BERSYUKUR KEPADA ALLAH
Dengan Hati :
· Menyakini bahawa nikmat yang diterima adalah kurniaan Allah & akan disoal pada hari akhirat.
Dengan Lisan :
· Memuji Allah dengan menyebut Alhamdulillah dan zikir kepada Allah.
Dengan Perbuatan :
· Menggunakan nikmat dengan cara yang terbaik dan bermanfaat.
· Mengerjakan sujud syukur.
· Banyak melakukan amal ibadah & kebaikan.
KELEBIHAN BERADAB KETIKA DITIMPA MUSIBAH
1. Mendapat keampunan & rahmat dari Allah.
2. Bertambah keimanan kpd Allah.
3. Mendapat kebahagiaan dunia dan kejayaan di akhirat.
4. Dihormati oleh masyarakat.
5. Mendapat gantian nikmat yang lebih baik daripada Allah.
6. Kecekalannya dikenang walaupun telah meninggal dunia.
7. Jiwa akan tenang dan tenteram.
AKIBAT TIDAK BERSYUKUR KPD ALLAH
1. Allah akan menarik balik nikmat yg diberi.
2. Ditimpa kesempitan hidup.
3. Menerima azab di akhirat.
4. Tidak dihormati oleh masyarakat.
5. Inidividu & masyarakat menjadi mundur.
PENGHAYATAN
1. Kita perlu reda dgn ketentuan Allah.
2. Sentiasa berusaha menghayati masalah dengan sabar dan menerima nikmat dengan penuh syukur.
3. Menjauhi diri dari sifat keji apabila menerima nikmat atau musibah.
INFO TAMADUN
Individu yang bersyukur apabila mendapat nikmat dan bersabar apabila ditimpa musibah ialah orang yang pandai menilai kurniaan Allah dan menyedari hakikat diri sebagai hamba Allah. Justeru mereka akan menggunakan nikmat tersebut ke arah membina tamadun yang hebat, dan bersungguh-sungguh meningkatkan kualiti diri, masyarakat dan Negara.
Hidayah Sumber Kebahagiaan
Terjemahan ayat: 8. (mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; Karena Sesungguhnya Engkau-lah Maha pemberi (kurnia)".
1. Hidayah dari segi bahasa ialah petunjuk. Pada istilah syarak ialah petunjuk Allah SWT ke arah kebenaran.
2. Rahmat dari segi bahasa ialah belas kasihan. Pada istilah syarak ialah kebaikan yang Allah SWT kurniakan kepada hamba Nya.
3. Antara rahmat Allah SWT ialah:
(a) tubuh badan yang sihat;
(b) akal yang cerdas;
(c) hati yang bersih;
(d) jiwa yang bersih.
4. Cara memperoleh hidatah Allah SWT:
(a) bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah SWT;
(b) mempertingkatkan ibadat kepada Allah SWT;
(c) memelihara hubungan baik sesame manusia;
(d) melaksanakan tugas amar makruf dan nahi mungkar.
5. Kelebihan orang yang memperolehi hidayat:
(a) sentiasa patuh pada perintah Allah SWT;
(b) jiwa dan perasaan sentiasa tenang;
(c) menjadi contoh dan teladan kepada orang lain.
6. Ciri-ciri orang yang memperoleh hidayah:
(a) sabar dan tabah menghadapi dugaan hidup;
(b) berpandangan jauh dan berfikiran terbuka;
(c) mudah melakukan kebaikan.
7. Akibat tidak memperoleh hidayah:
(a) mudah berputus asa dalam melakukan sesuatu perkara;
(b) jiwa dan perasaan sentiasa gelisah;
(c) susah menerima sesuatu kebenaran.
8. Perkara yang menghalang seseorang mendapat hidayah:
(a) meninggalkan ibadat-ibadat fardu seperti solat lima waktu;
(b) melakukan maksiat kepada Allah SWT seperti minum arak;
(c) memiliki sifat-sifat mazmumah seperti takbur, riak dan sebagainya.
9. Pengajaran Ayat:
(a) hidayah adalah anugerah Allah SWT kepada hamba-hamba Nya;
(b) kita hendaklah berusaha mendapatkan hidayah Allah SWT;
(c) orang yang mendapat hidayah akan memperoleh kebahgiaan hidup di dunia dan akhirat.
Wednesday, 28 December 2011
Salam Pertemuan
Assalamu 'alaikum. Setiap pertemuan dimulakan dengan salam. Berilah salam kepada saudaramu agar permulaan hari mendapat keberkatan dari Allah, dengan salam silaturrahim akan terjalin dengan erat, dengan salam juga hati-hati akan menjadi tenang, hidup dalam keadaan selamat. Ini bersesuaian dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud "Sesungguhnya orang-orang Islam itu bersaudara, maka damaikanlah antara saudara kamu yang berkelahi". Hikmat memberi salam dapat menyejukkan hati saudara kita yang disapa, mereka akan merasai bahawa dirinya diambil berat oleh sahabatnya juga dapat menghilangkan perasaan sombong dan ego dalam diri. Sentiasalah memberi salam kepada saudara kita nescaya hari-hari yang kita lalui akan menjadi tenang.
Healing - By Sami Yusuf
Assalamualaikum semua. Setinggi kesyukuran dirafa'kan kepada Allah Taala kerana atas segala nikmat dan kurniaanya kepada kita semua yang tidak terhitung nilainya, tidak terbayar harganya, tidak terbalas jasanya untuk kita meneruskan perjalanan hidup menuju Allah di akhirat kelak. Tajuk lagu yang saya highlight di atas bertajuk "healing" dendangan oleh Sami Yusuf yang bermaksud "Merawat". Merawat yang dimaksudkan dalam lagu ini mengandungi makna yang tersirat, bukan bermaksud merawat seperti yang difahami secara umum. Merawat bukan hanya bermaksud merawat sakit, luka, merawat penyakit dan sebagainya tetapi jika kita melihat secara tersirat dan hayati betul-betul lagu ini merawat mempunyai banyak tafsiran. Pertama ialah kerja sebagai seorang ahli pertolongan segera seperti PBSM, JPAM dan sebagai jururawat untuk merawat pesakit dan membawanya kehospital juga merawat kerana pertolongan awal ketika berlaku sesuatu kemalangan memerlukan rawatan. Kedua ialah bekerja sebagai doktor yang sememangnya merawat pesakit yang sakit sama ada kerana luka, lemas dan apa-apa sahaja situasi kecemasan yang berlaku. Yang ketiga yang menjadi tafsiran atau makna tersirat yang menjadi induk dalam lagu ini ialah ialah bagaimana kita merawat hati kita daripada sifat-sifat mazmumah yang banyak bergelumang dalam hati kita dalam menjalani kehidupan harian. Kita merawat hati kita dengan sikap tolong menolong antara satu sama lain, berbuat baik sesama manusia tanpa ada perasaan malu, bersikap prihatin terhadap orang lain dalam apa jua keadaan sekalipun dari seberat-berat perkara yang dihadapi dan seringan-ringan perkara yang dihadapi. Firman Allah Taala yang bermaksud "barangsiapa yang melakukan kebaikan walau sebesar zarah sekalipun akan dibalas kebaikannya, dan barangsiapa yang melakukan kejahatan walau sebesar zarah sekalipun akan dibalas kejahatannya. Susah untuk manusia melakukan kebaikan biarpun walau semudah memejam atau mencelikkan mata, walau semudah mengeluarkan sapatah perkataan sekalipun. sebagai contoh sebanyak manakan manusia sanggup mengutip sampah yang tersepak dijalanan semasa berjalan walaupun hanya pembalut gula-gula, Sebanyak manakah orang yang sanggup melafazkan atau mengucapkan perkataan "maaf. akan bersambung... tak sempat nak taip
Tuesday, 20 December 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)