Wednesday 15 February 2012

Sentiasa Bersabar Menghadapi Ujian Allah

PENGERTIAN NIKMAT

Ialah semua bentuk kesenangan, keperluan dan keselesaan yang diterima oleh seseorang seperti kesihatan, makanan, tempat tinggal dan keamanan.

 
PENGERTIAN MUSIBAH

Ialah semua bentuk kesusahan, halangan dan kesulitan yang dihadapi oleh seseorang seperti kesakitan, kelaparan dan kematian.

 
ADAB MENERIMA NIKMAT

1.     Hendaklah bersyukur kepada Allah.
2.     Menggunakan nikmat tersebut dengan sebaik-baiknya.
3.     Tidak sombong kerana mendapat nikmat.
4.     Hendaklah berterima kasih kepada orang yang membantu mendapatkan nikmat.
 
ADAB KETIKA DITIMPA MUSIBAH

1.     Bersabar.
2.     Yakin & reda dengan ketentuan Allah.
3.     Tidak berputus asa & kecewa.
4.     Sentiasa berusaha memperbaiki diri.
5.     Berdoa dan bertawakal kepada Allah.
6.     Memohon keampunan dari Allah.

 
CARA BERSYUKUR KEPADA ALLAH

Dengan Hati :
·         Menyakini bahawa nikmat yang diterima adalah kurniaan Allah & akan disoal pada hari akhirat.

Dengan Lisan :
·         Memuji Allah dengan menyebut Alhamdulillah dan zikir kepada Allah.

Dengan Perbuatan :
·         Menggunakan nikmat dengan cara yang terbaik dan bermanfaat.
·         Mengerjakan sujud syukur.
·         Banyak melakukan amal ibadah & kebaikan.

 
KELEBIHAN BERADAB KETIKA DITIMPA MUSIBAH

1.     Mendapat keampunan & rahmat dari Allah.
2.     Bertambah keimanan kpd Allah.
3.     Mendapat kebahagiaan dunia dan kejayaan di akhirat.
4.     Dihormati oleh masyarakat.
5.     Mendapat gantian nikmat yang lebih baik daripada Allah.
6.     Kecekalannya dikenang walaupun telah meninggal dunia.
7.     Jiwa akan tenang dan tenteram.

AKIBAT TIDAK BERSYUKUR KPD ALLAH

1.     Allah akan menarik balik nikmat yg diberi.
2.     Ditimpa kesempitan hidup.
3.     Menerima azab di akhirat.
4.     Tidak dihormati oleh masyarakat.
5.     Inidividu & masyarakat menjadi mundur.

PENGHAYATAN
1.     Kita perlu reda dgn ketentuan Allah.
2.     Sentiasa berusaha menghayati masalah dengan sabar dan menerima nikmat dengan penuh syukur.
3.     Menjauhi diri dari sifat keji apabila menerima nikmat atau musibah.

INFO TAMADUN
Individu yang bersyukur apabila mendapat nikmat dan bersabar apabila ditimpa musibah ialah orang yang pandai menilai kurniaan Allah dan menyedari hakikat diri sebagai hamba Allah. Justeru mereka akan menggunakan nikmat tersebut ke arah membina tamadun yang hebat, dan bersungguh-sungguh meningkatkan kualiti diri, masyarakat dan Negara.








No comments:

Post a Comment